#

Services

01

SERVICES

Perkhidmatan yang kami sediakan

#

UKURAN KADASTER

Memberi perkhidmatan ukuran kadaster bagi tujuan pendaftaran hakmilik, pewartaan, penandaan sempadan, pengesahan sempadan dan lain-lain yang berkaitan dengan pentadbiran tanah.

Kerja-kerja ukur yang khusus untuk pemilikan tanah disebut sebagai ukur hakmilik yang berhubung kait dengan pendaftaran sesuatu hakmilik bagi pelupusan tanah, pecah sempadan, pecah bahagian cantuman.

  •  Menanda, mengganti, menanam pastian dan mengesahkan tanda-tanda sempadan di mana yang perlu
  •  Merekodkan data ukuran
  •  Penyediaan Pelan Pra-Hitungann
  •  Penyediaan Pelan Akui

#

UKURAN HAKMILIK STRATA

Memberi perkhidmatan ukuran dan penyediaan hakmilik bagi lapisan petak dalam bangunan yang dipecah bahagi yang merangkumi perkara berikut:

  •  Ukuran semula sempadan-sempadan lot
  •  Ukuran yang menentukan kedudukan bangunan-bangunan dan blok-blok sementara
  •  Ukuran untuk menentukan ketinggian tiap-tiap tingkat
  •  Ukuran dimensi mendatar petak, petak aksesori dan harta bersama
  •  Ukuran petak yang serupa dalam lantai yang sama

#

UKURAN HAKMILIK STRATUM

Memberi perkhidmatan ukuran hakmilik bagi lapisan petak dalam bangunan yang dipecah bahagi di bawah paras bumi yang merangkumi perkara berikut:

  •  Ukuran lokasi
  •  Ukuran kawalan tegak
  •  Ukuran pemindahan datu

#

UKURAN KEJURUTERAAN

Memberi perkhidmatan ukuran kejuruteraan yang bertujuan menghasilkan peta mengandungi maklumat terkini yang mencukupi bagi kerja kerja perancangan dan reka bentuk bagi satu kawasan yang terlibat dengan projek pembangunan, ini termasuk :

  •  Menentukan keluasan dan isipadu tanah yang terlibat dalam kerja-kerja tanah. (Earth-work)
  •  Memastikan binaan yang dibuat adalah pada kedudukan yang betul sebagaimana yang ditunjukkan di atas pelan reka bentuk. (Setting-out)
  •  Merekodkan kedudukan akhir binaan termasuk semua pindaan yang dilakukan. (As-built)
  •  Menyediakan titik-titik kawalan berkejituan tinggi bagi tujuan pengawasan binaan-binaan tertentu
#

UKURAN HIDROGRAFI

Memberi perkhidmatan ukuran hidrografi yang merangkumi kerja-kerja pangukuran bagi tujuan pemetaan dasar laut termasuk sungai, parit dan tasik. Ukuran ini akan memberikan gambaran dan maklumat tentang permukaan tanah bawah air.

02

Our Client

PENGALAMAN KERJA (2016 – 2019)

- Sedang dikemaskini -